CVCN-KUALA LUMPUR: Industri halal Malaysia masih mempunyai ruang untuk dikembangkan lebih jauh lagi melalui pelbagai program anjuran kerajaan bagi meningkatkan perdagangan di dalam industri itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dr Wong Lai Sum, berkata industri halal masih mempunyai peluang perniagaan yang cerah yang ditawarkan oleh kira-kira 1.66 bilion penduduk Islam dunia dan bilangan itu masih berkembang.
Malaysia menyumbang 1.25 peratus kepada perdagangan halal global, yang berjumlah AS$2.3 trilion. Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), Datuk Dr Wong Lai Sum, berkata industri halal masih mempunyai peluang perniagaan yang cerah yang ditawarkan oleh kira-kira 1.66 bilion penduduk Islam dunia dan bilangan itu masih berkembang.
Wong turut menyeru perusahaan kecil dan sederhana yang terbabit di dalam bidang logistik supaya bergabung dan menjadi lebih besar serta kukuh di segi kewangan.
"Logistik halal menjadi satu komponen sangat penting untuk dikembangkan. Dengan itu, bidang itu boleh menawarkan keperluan logistik bersepadu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada sidang Kemuncak Perdagangan Halal dan Logistik Global kedua di sini, hari ini.
Sidang kemuncak dua hari itu, yang bermula hari ini, adalah satu platfrom bagi dilakukan pertukaran idea dan jaringan bagi para profesional di dalam pematuhan, pengeluaran, logistik dan rantaian bekalan industri halal pada peringkat antarabangsa.
"Wujud keperluan membahagi-bahagian perniagaan itu kepada dua. Yang pertama bagi menampung keperluan konsainmen halal yang memerlukan kerja khusus di segi penyimpanan dan melaluinya, jenis kenderaan yang bakal digunakan untuk mengangkut konsainmen berkenaan," katanya. - BERNAMA
Posting Komentar