Harga saham bercampur-campur pada tengah hari

KUALA LUMPUR: Bursa Malaysia bercampur-campur semasa mengakhiri pagi hari ini dengan Patimas Computers Bhd mendapat perhatian dengan menjadi kaunter paling aktif berikutan tawaran pengambilalihan daripada Tencent Holdings Ltd dari Hong Kong.

Pada waktu rehat tengah hari, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 6.25 mata kepada 1,633.80, menaikkan keuntungan dalam saham wajaran tinggi terpilih.
Saham rugi, bagaimanapun mendahului keuntungan pada 323 kepada 259, dengan 279 kaunter tidak berubah, 787 tidak didagangkan dan 21 yang lain digantung.


Jumlah dagangan pada 615.818 juta saham bernilai RM724.60 juta.

Indeks Kewangan melonjak 132.271 mata kepada 14,978.69, Indeks Perusahaan meningkat 63.16 mata kepada 2,806.32 tetapi Indeks Perladangan susut 235.39 mata kepada 7,975.05.

Indeks FBM Ace turun 34.53 mata kepada 4,080.28, tetapi Indeks FBM Emas menambah 35.79 mata kepada 11,104.37 manakala FBMT100 meningkat 39.13 mata kepada 10,960.39 dane FBM Mid 70 menambah 29.979 mata kepada 12,084.46.

Antara saham aktif, Patimas menokok dua sen kepada 14 sen, Pasukhas meningkat satu sen kepada 27.5 sen, Tiger Synergy menokok setengah sen kepada 32.5 sen manakala China Automobile Parts susut 5.5 sen kepada 67.5 sen.
Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menambah 12 sen kepada RM9.00, Sime Darby dan Axiata susut satu sen setiap satu masing-masing kepada RM9.29 dan RM6.29 manakala CIMB melonjak 10 sen kepada RM7.31. - BERNAMA

Post a Comment

Lebih baru Lebih lama

LANGUAGE