SUDAH sekian lama para saintis kebingungan tentang bagaimana sebuah
piramid yang merupakan salah satu bangunan ajaib di dunia ini dibina.
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya.
Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?
Terdapat pelbagai teori yang dikemukakan untuk mengetahui teknologi yang digunakan dalam pembangunan piramid ini kerana teknologi untuk mengangkat batu-batuan besar yang beratnya mencapai ribuan kilogram ke puncak bangunan belum memungkinkan di zamannya.
Apakah rahasia di sebalik pembangunan piramid ini?
Harian Amerika Times edisi 1 Disember 2006, telah menyiarkan satu berita
saintifis yang mengabarkan bahwa Firaun telah menggunakan tanah liat
untuk membangun piramid. Menurut kajian tersebut, disebutkan bahawa batu
yang digunakan untuk membuat piramid adalah dari tanah liat yang
dipanaskan sehingga membentuk batuan keras yang sukar dibedakan dengan
batu asalnya.
Al-Quran telah pun memiliki informasi :
Jika dikaji lebih mendalam, ternyata Al-Quran telah menjelaskan perkara
ini 1400 tahun silam sebelum kajian saintifik dijalankan. Perhatikan
sebuah ayat Al Quran yang berikut:
وَقَالَ
فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَهٍ
غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا
لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَى إِلَهِ مُوسَى وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ
الْكَاذِبِينَ
“Dan berkata Fir’aun: ‘Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui
Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah Hai Haman untukku TANAH LIAT
kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik
melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa Dia
dari orang-orang pendusta.” (Al-Qasas: 38)
Para saintis mengatakan bahawa Firaun mahir di dalam bidang ilmu kimia
dalam memproses tanah liat sehingga menjadi batu. Teknik yang mereka
gunakan adalah sangat misteri jika dilihat dari spesifikasi batu yang
mereka tinggalkan.
Profesor Gilles Hug, dan Dr. Michel Barsoum menegaskan bahawa Piramid
yang paling besar di Giza, dibuat dari dua jenis batuan yang terdiri
dari batu asli dan batu-batu yang dibuat secara manual hasil dari olahan
tanah liat.
Gilles Hug (kiri) dan Dr. Michel Barsoum (berdiri) |
Artikel kajian yang diterbitkan oleh majalah “Journal of the American
Ceramic Society” menegaskan bahawa Firaun menggunakan tanah jenis slurry
untuk membina monumen yang tinggi, termasuk piramid.
Karena tidak mungkin bagi seseorang untuk mengangkat batu berat ribuan
kilogram. Sebaliknya pada dasar piramid, Firaun menggunakan batu asli.
Lumpur tersebut merupakan campuran lumpur kapur yang dipanaskan dengan
air garam dan ini akan menghasilkan terbentuknya campuran tanah liat.
Kemudian olahan itu dituangkan ke dalam tempat yang disediakan di
dinding piramid. Ringkasnya lumpur yang sudah diaduk mengikut ukuran
yang dikehendaki tersebut dibakar, lalu diletakkan di tempat yang sudah
disediakan di dinding piramid.
Profesor Davidovits telah mengambil sampel batu piramid yang terbesar
untuk dilakukan analisis dengan menggunakan mikroskop elektron terhadap
batu tersebut. Hasilnya, Davidovits menegaskan bahawa batu itu diperbuat
dari lumpur. Selama ini, tanpa penggunaan mikroskop elektron, ahli
geologi belum mampu untuk membedakan antara batu alam dengan batu buatan
manusia.
Sebelumnya, seorang saintis Belgium, Guy Demortier, telah bertahun-tahun
mencari jawaban dari pembuatan batu besar di puncak-puncak piramid. Guy
Demortier berkata, “Setelah bertahun-tahun melakukan penyelidikan dan
kajian, sekarang barulah saya yakin bahwa piramid yang terletak di Mesir
diperbuat dengan menggunakan tanah liat.”
Profesor Davidovits |
Penemuan oleh Dr Perancis Joseph Davidovits ini adalah hasil kajian yang memakan masa kira-kira dua puluh tahun.
Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Sebuah kajian yang begitu lama terhadap piramid Bosnia, “Piramid Matahari” dan menjelaskan bahawa batu-batunya diperbuat dari tanah liat. Ini memperkuatkan lagi bahawa kaedah ini tersebar luas di masa lalu.
Gambar di atas menunjukkan kaedah tuangan batu berasal dari tanah liat
telah dikenali sejak ribuan tahun yang lalu dalam teknologi yang berbeda
baik Roma ataupun Firaun.
Bukti-bukti dari kajian menunjukkan kepada kita semua bahwa bangunan
bangunan raksasa, patung-patung raksasa dan tiang-tiang yang ditemui
dalam teknologi canggih zaman dahulu, juga dibuat dari tanah liat.
Al-Quran adalah kitab pertama yang menjelaskan rahsia bangunan piramid,
bukan para Ilmuwan Amerika, maupun Perancis.
Kita tahu bahwa Nabi saw tidak pernah pergi ke Mesir dan tidak pernah
melihat piramid, bahkan mungkin tidak pernah mendengar tentangnya. Kisah
Firaun, terjadi sebelum masa hidupnya Nabi saw ribuan tahun yang lalu,
dan tidak ada satu pun di muka bumi ini pada masa itu yang mengetahui
tentang rahasia piramid.
Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Sebelum ini, para saintis tidak pasti bahawa Firaun menggunakan tanah liat yang dipanaskan untuk membina monumen tinggi kecuali beberapa tahun kebelakangan ini.
Ajaib, 1400 tahun yang lampau, Nabi Muhammad saw, beratus tahun selepas
berakhirnya Dinasti Firaun memberitahu bahwa Firaun membina monumen yang
kini dikenali sebagai Piramid menggunakan tanah liat.
Kenyataan ini sangat jelas dan kuat untuk membuktikan bahawa Nabi
Muhammad saw tidaklah berbicara mengikut hawa nafsunya melainkan
petunjuk dari Allah swt yang menciptakan Firaun dan menenggelamkannya,
dan Dia pula yang menyelamatkan nabi Musa.
Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Dan Dia pula yang memberitahu kepada Nabi terakhir-Nya akan hakikat ilmiah ini, dan ayat ini menjadi saksi kebenaran kenabiannya di kemudian hari.
Source: Majalah Biar Betul, dikutip Eramuslim
Posting Komentar